// Ugly Truth
Entry Pendek !

0 Si katak(s)

Assalamualaikum Everyone ◕‿◕

3 hari 2 malam bercuti bersama keluarga tersayang . Best tak terkata . Eh ya ke ? 3 hari 2 malam ? Kiralah sendiri dari hari Jumaat sampai hari Selasa :D 

Melaka -> Cheras -> USJ -> Kota Tinggi -> Bandar Penawar

Family sebelah ayah buat Family Day dekat Melaka . First-first , aktiviti bebas . So , aku , ayah aku , ayah saudara dengan sepupu pergi main Go Kart . Huwaaa manyak masyukkk gitu ! Belum amek lesen kereta , dah bawak Go Kart syyuutt :D Then , petangnya pulak pergi MIBC . Buat apa lagi , main BOWLING la sayang :) First main masuk longkang , memang dah agak sebab sebelum ni main macam tu jugak . And akhirnya , dah pun mahir main . 2 3 kali STRIKE bheb \tak payah nak kecoh-kecoh sangatlah ./ 

Pergi Cheras , mak nak jumpa adik-adiknya . Of courselah , mak saudara aku kan ? Hee tidurlah semalam . Pergi makan dekat satu restoran ada karaoke . Rasa macam tak kenyang aku makan dekat situ , yang nyanyi tangkap lentuk , senang cakap semua adalah ! :D

USJ pulak rumah ayah saudara sebelah ayah , adik ayah . Tak ada perancangan pun nak tidur sana sebab malam tu ayah saudara cucuk ayah bawak aku pergi SnowWalk , I-City . And akhirnya , dapat jugak aku pergi . Hehe perh macam mana rasanya pergi situ ? Brrrr macam betul-betul dekat overseas bheb . Seriously , no joke ! Sejuk gila-gila aww . Macam mana tak sejuk kalau pergi sana pakai sandal . Haha sepatutnya pakailah kasut bersarung . Ini tak . Haha tak apalah , at least ada pengalaman pergi situ . Ngee

It Was The Best Holiday In My Life 

LOVE NOTE ♥ : Entry ni malas nak taip banyak-banyak sebab online guna notebook , tak puas tengok skrin kecik sangat . Haha tapi panjang jugak kan ? Layann jaaa ~ Sorry bebanyak sebab tak blogwalking balik bagi yang sudah blogwalking belog aku . Apa-apa pun , terima kasih ya semuanya :)



Newer Post|Older Post

// Awesome Me - Nunu


****___empty___****