// Ugly Truth
Hidup Ibarat Pusingan Roda

1 Si katak(s)

Assalamualaikum Everyone ◕‿◕

Hidup kita diibaratkan seperti putaran sebuah roda. Hari ini kita senang hati, gembira, sihat, kaya, berjaya atau bahagia tetapi besoknya kita mungkin akan mengalami suasana yang sebaliknya pula. Hal ini bermakna sewaktu kita senang kita harus bersedia untuk menghadapi putaran kesusahan dan begitulah seterusnya jika kita susah maka kita harus yakin bahawa pada suatu masa nanti kita pasti akan mendapat kesenangan pula
dalam susah ada senangnya.

Dalam sedih ada gembiranya, Allah menguji tanda sayang pada hamba-Nya…
Begitulah warna-warna kehidupan. Hal ini langsung tidak pelik dan bukan pun ajaib. Allah sentiasa memberi kita ujian dari kanan dan kiri, depan dan belakang hanya untuk menguji dan menolong kita untuk menghadapi esok kerana hanya Allah yang tahu betapa hari esok itu lebih sukar buat kita dan ujian hari ini adalah untuk menguatkan jiwa-jiwa kita. Mengajar kita menjadi lebih teguh, mengasah bakat-bakat kepimpinan diri sendiri yang mungkin belum kita kuasai, dan sesungguhnya Allah lah yang Maha Bijaksana.


You Better Change Your Way While You're Young  

Setiap makhluk yang dicipta Allah akan merasakan pahit dan manis kehidupan. Itu sunnatullah yang ditetapkan Allah. Sepertimana firman-Nya:

Adakah patut kamu menyangka Bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti Yang telah berlaku kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang Yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah). Surah Al-Baqarah (2: 214).


Kandungan 'Hidup Ibarat Pusingan Roda' ini diambil sepenuhnya dari Shikinkeyn dan Srikandi90 *big applause* :)

Kesenangan yang datang tak akan selamanya, begitulah selepas susah ada kesenangan..



Newer Post|Older Post

// Awesome Me - Nunu


****___empty___****