// Ugly Truth
Nothing much, I guess..

0 Si katak(s)

Assalamualaikum Everyone ◕‿◕

"Si kaca mata"

Kali pertama aku tak pandang kau
Jujurnya kawan kau lebih menyerlah di mataku
Mungkin ketika itu pandangku kabur
Kerana tidak berkaca mata

Tapi keesokan harinya
Dengan tidak sengaja
Aku tercuri pandang kau
Hatiku mula berbunga

Bila kau ingin bergambar bersama
Aku tolak bukan kerana aku enggan, bukan kerana aku ego
Tetapi malu dan segan menyelubungi aku
Dan sekarang aku mula kesal

Aku mulakan rentakku di Facebook
Rupanya kau punya ramai teman
Terasa diriku sungguh kecil
Aku hanya mampu lihat kau dari jauh

Saat kau cuba mendekati aku
Aku mampu berdiam sahaja
Aku dikatakan sombong
Merah pipiku malu hatiku tak siapa tahu

Satu hari hatiku terdetik
Aku mahu tegur kau dulu
Aku cuba tak malu
Tapi malu juga

Sedikit demi sedikit aku cuba mengenali kau
Dan kau beri aku lagu demi lagu
Aku dengar lagu nyanyian kau
Setiap hari, setiap masa tanpa jemu
Membuatku angau dan tak keruan

Tapi dalam pada aku gembira
Kadang-kala ada sedih juga
Aku tercuri pandang pada screen lock handphone kau
Rupanya kau sudah berpunya
Tak mungkin jadi milikku
Selamanya

Ku undur diri.


Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Memang benar aku sudah jatuh cinta
Tapi aku tak kuasa
Mengatakan pada kau
Kerana tak mahu pengalamanku sebelum ni
Berulang kembali
Seperti aku hanya syok sendiri...

Maaf! 
Saje nak meroyan hilang bosan.

TBH I'm trying really hard not to hurt again.



Newer Post|Older Post

// Awesome Me - Nunu


****___empty___****